Sehari Bersama Ustaz Azhari

Pembentangan Modul Kecemerlangan bersama murid-murid SRAI Bandar Baru Bangi.

Berbincang

Program Bual Bicara, untuk meningkatkan mutu dan kualiti sekolah.

Pecutan Akhir

Ulangkaji terakhir bersama Ustaz Azhari di SRA Bandar Seri Putra.

Kunjungan Hormat

Kunjungan hormat wakil Bangi Height ke SRA Bandar Seri Putra

Karnival Amal SRABSP

Karnival Amal SRA Bandar Seri Putra dijadual berlangsung pada Jumaat dan Sabtu, 2 dan 3 November 2012. Semua dijemput hadir.

PSRA 2012

Diucapkan selamat berjaya kepada calon-calon PSRA seluruh negeri Selangor. Semoga mendapat Mumtaz.

Saturday, October 2, 2010







SALAM PERKENALAN

Terlebih dahulu ucapan ribuan terima kasih, syukran jazakumullah khairan khathira di atas kesudian pihak tuan / puan membaca, meneliti dan menimbang isi kandungan blog ini.

Pada saya, kesudian pihak tuan / puan merupakan satu sokongan moral  kepada saya yang berusaha untuk menyumbang kepada pembangunan sumber manusia dan organisasi yang menjadi tunggak kepada pembangunan serta kemajuan.
Semoga usaha saya ini dapat mempertingkatkan penghayatan hidup berdasarkan budaya cemerlang selari dengan nilai-nilai sejagat.
Apa yang penting dan perlu serta wajib diketahui ialah apa yang terkandung di dalam blog saya ini adalah apa yang terlintas di dalam minda saya.  Pendek kata semua isi dan bahan yang ada di dalam blog ini ialah apa yang sedang berlaku di dalam sistem sedia ada. Hanya guru yang memahami selera dan kehendak guru, ibu bapa, murid, pelajar dan masyarakat. Saya menyakini bahawa apa yang saya kongsikan dan  sampaikan nantinya pasti tidak akan menyasar dan tersasar jauh daripada apa yang sedang berlaku hari ini di dalam dunia pendidikan.